Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 35-70 tahun yang layak bagi mendapatkan saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKNanya. Kepada guru - guru dan ahli keluarga pelajar SMKTI yang berminat boleh menghubungi Cikgu Cescilia ( Kaunselor )untuk Maklumat lanjut .
Semoga Program Subsidi ujian Mamogram ini dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara.