|
Written by AdminSmkti
|
|
Wednesday, 02 December 2009 23:16 |
|
SEKAPUR SIRIH DARI PENGETUA SMKTI...
| Pendidikan merupakan bidang profesional yang dinamik. Asas pengetahuan dalam setiap subjek dan disiplin akademik sentiasa berkembang. Oleh sebab itu, pendidik di setiap peringkat dalam sepanjang karier mereka perlu menguasai pengetahuan dan kefahaman baru ini. | | Perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan menuntut para pendidik secara berterusan ”membaharui” diri dari segi pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan berkompentensi supaya mereka tetap efektif dan memberi impak langsung terhadap pembelajaran murid. Hal ini secara tidak langsung, menuntut guru-guru menyediakan modal insan yang terbilang dan berminda kelas pertama. Setiap guru mempunyai tanggungjawab, amanah, integriti dan akauntabiliti yang perlu dilaksanakan di dunia tetapi juga di akhirat. Guru-guru seharusnya mempunyai KPI yang tersendiri dan berterusan bagi mensasarkan pencapaian pelajar masing-masing ke arah kecemerlangan pendidikan. Bagi menjayakan misi sekolah, semua warga sekolah perlu bermuafakat dan bermusyawarah dalam usaha untuk meraih kecemerlangan dalam semua aspek iaitu kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. | | Saya menyeru agar guru-guru terus menghayati dan merungkaikan sepenuhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tersirat dan tersurat. Tugas mendidik ke arah "kemenjadian" seseorang pelajar terletak di bahu guru-guru, hal ini selaras dalam konteks Gagasan 1 Malaysia yang boleh diterjemahkan sebagai kurikulum yang diguna pakai bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama melaksanakan agenda negara ke arah pendidikan berkualiti dan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Semoga tugas murni kita sebagai pendidik mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. |
| Abdul Rasid bin Saad, Pengetua SMKTI |
|
|
Last Updated on Tuesday, 07 December 2010 16:26 |